Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, July 31, 2012

Choc Chips

Dalam bulan puasa ni tak dapat banyak sangat menyinggah di rumah kawan-kawan.  Bukan tak ingat.  Ingat.  Cuma masa agak mengekang.  Kalau tengok bundo dah lama tak nyinggah, janganlah terasa hati ya.

Kali ini pun nak tulis pendek saja.  Kalau ada sesiapa yang masih tercari-cari choc chip biscuit yang rangup, cubalah yang ini.  Resepi ini pun dapat dari internet tapi dah lupa resepi orang putih mana.  Mintak halal aje lah.




250 gm butter, softened
1/2 cup castor sugar
1/2 cup sweetened condensed milk
2 1/2 cups self raising flour, sifted
1 cup white choc chips (guna dark choc chip saja)
1 cup dark choc chips

1. Preheat oven at 180 degrees c.  Line baking trays with baking paper
2. Mix the butter, sugar and condensed milk and beat at high speed until pale and creamy.  Reduce speed to low, add the flour and mix until the dough almost come together.
3. Remove the bowl, add choc chips and stir until well combined. Roll heaped tablespoon of mixture into balls and place onto baking trays.  Flatten slightly with fingertips or fork.
4. Bake 14 - 16 minutes.  Stand 5 minutes on trays.





Ambillah sorang sekeping.

ibundo

Monday, July 30, 2012

Ikan leftover

Kelmarin bundo masak ikan tenggiri masak lomak cili api untuk berbuka.  Bila kaklong datang petang, dia bawak seperiuk lauk ikan merah masak kari. Kami semua mabuk makan ikan petang tu.  Sampai sahur pun lauk ikan tak habis.  Biasalah anak-anak bundo ni kalau lauk ikan main cubit-cubit je.  Kalau ayam, laju je tangan masing-masing.

Selalunya lauk ikan masak kuah ni akan keluar masuk peti ais berhari-hari. Lainlah kalau dimasak berlado atau stim atau swet sour.  Baru laku. Jadi bila bundo pandang ikan yang masih berketul-ketul dalam periuk bundo sayang kalau-kalau akhirnya jordan sorang saja yang kenyang. Jordan ni kucing bundo. Jadi bundo ambil inisiatif untuk membaharukan lauk ikan yang ada.



Semalam bundo asingkan isi daripada tulang. Hancurkan. Bundo sediakan bahan-bahan seperti di bawah.  Semuanya main campak-campak saja.  Tak ada sukat-sukat.



Bundo gaul semua bahan dan campurkan dengan satu sudu kecil garam (boleh sesuaikan), satu sudu kecil lada hitam ajishio, 2 sudu besar tepung jagung dan 2 biji telur. Bundo gaul sampai sebati.

Sementara tu, panaskan kukusan.  Bundo ambil beberapa pelepah kubis, hiris batang belakangnya yang keras dan bundo kukus sampai lembut.




Bentang sehelai pelepah kubis dan letak isi ikan dan gulung kemas.  Lepas tu kukus ikan yang telah dibungkus dengan kubis itu sehingga empuk.



Kalau anda semua ada ikan yang berlebih, bolehlah cuba cara bundo ni. Kalau nak buat ikan yang fresh pun boleh juga.
Semalam bundo makan cicah dengan air asam. Kuah tu boleh buat ikut kreativiti korang.



Terliur tengok air asam?
Cuma perlukan
2 biji bawang besar didadu. 
2 biji tomato didadu,
1/2 batang timun didadu
sebesar guli belacan
cili merah 4 biji
6 ulas cili api
secawan air asam jawa
4 biji limau diambil jusnya.
1 sudu kecil garam

Cili dikisar kasar.  Belacan dibakar atau digoreng. Campur semua bahan dan walla.... makan dengan ikan leftover. 

Sekian.


ibundo

Sunday, July 29, 2012

Mee Ayam

Selamat berhujung minggu kepada semua. Mungkin ramai yang balik kampung minggu ini mengambil kesempatan berpuasa dan berbuka puasa bersama ibu dan juga ayah. Beruntunglah mereka yang masih mempunyai orang yang disayangi.

Bundo sudah beberapa bulan tidak menjenguk rumah kampung. Banyak sangat benda yang menghalang.  Lagipun rumah sudah lama kosong sejak emak tiada. Abah bundo pula tinggal bersama bundo di sini. Cuma bila ada masa terluang dan keinginan untuk menjejaki kenangan lalu, bundo akan pulang juga.

Apa plan untuk berbuka hari ini? Bagi yang bekerja hari inilah peluang untuk ketuk ketuk kuali dan belanga di dapur.  Kalau selalunya singgah di pasar ramadhan kerana tidak punya masa untuk memasak, hari inilah nak tunjuk bakat.  Betul?




Pagi ini bundo ingin berkongsi resepi mee ayam. Tapi cuma orang rajin saja yang ingin membuatnya kerana persediaan yang agak banyak. Sebelum membuatnya anda perlu sediakan stok ayam terlebih dahulu untuk membuat kuahnya.

 
Bahan:
1 bungkus mee kuning dicelur sebentar
Gaul rata mee bersama:1 sudu kecil kicap masin,1 sudu kecil sos tiram,1 sudu kecil minyak bijan dan ketepikan.

Bahan kuah:
2 ulas bawang putih dicincang halus
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 cm halia diketuk
1 sudu besar serbuk stok ayam
½ sudu teh serbuk lada  sulah
1200 ml air stok ayam hasil rebusan tulang ayam, dua tangkai daun seleri, 1 batang lobak.
Cara:
1.       Untuk stok ayam, rebus tulang ayam bersama daun seleri dan lobak bersama 1500 ml air. Biarkan bahan direbus selama 20 minit.  Tapis dan ambil airnya sahaja
2.       Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi.  Masukkan ke dalam air stok ayam bersama serbuk stok ayam, garam dan lada sulah. Masak sehingga mendidih dan ketepikan.







Bahan tumisan ayam:
4 ketul peha ayam dipotong dadu besar
2 ulas bawang putih dicincang kasar
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 cm halia dicincang halus
8 biji cendawan butang dalam tin dibelah dua
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
½ sudu teh serbuk lada sulah
200 ml air
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
Garam secukupnya

Cara:
1.       Untuk tumisan ayam, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.  Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan cendawan butang berserta sos tiram, kicap, serbuk lada sulah dan air. Tambah tepung jagung dan garam secukupnya.  Masak sehingga kuah pekat. Ketepikan.






Bahan pelengkap:
100 gm tauge
100 gm sawi dipotong dan dicelur
2 batang daun saderi dihiris
2 batang daun bawang dihiris
2 biji cili merah dihiris

Cara hidangan: Letak mee ke dalam mangkuk. Bubuh kuah.  Letak tumisan ayam dan bahan pelengkap di atasnya.

Well... bundo cuma kongsikan di sini. Terpulanglah kalau nak mencubanya tapi rasanya agak enak.

ibundo


Saturday, July 28, 2012

Tepung pelita

Terima kasih yang teramat sangat kepada penyumbang resepi asal kuih ini i.e kakyani kerana memberi satu resepi mudah yang memang senang untuk dibuat. Nampaknya dah ramai yang mencuba dan kini giliran bundo pula.

Kebetulan bundo mendapat tempahan untuk satu set nasi, lauk dan kuih. Memandangkan kuih ini mudah dan boleh diisi di dalam bekas plastik kecil ini, bundo beranikan diri untuk mencubanya walaupun sebelum ini belum pernah membuatnya.



Bundo ambil resepi yani dari dapur Mas.
Bundo buat 6 sukatan.  Semuanya bundo kali 6.  Hasilnya bundo dapat 99 biji kuih tepung pelita  dalam bekas kecil ini.  Cukup untuk kenduri kecil kan?



Dapatkanlah resepi untuk kuih ini dari dapur Mas atau terus ke kak yani@my resepi.com.



Sekian.  Selamat bersahur.

ibundo

Friday, July 27, 2012

Kerabu Mihun

Salam hari Jumaat.  Setiap kali berjumpa hari Jumaat, hati tetap berkata: dah hari Jumaat!. Bagi yang bekerja pula hari Jumaat tetap ditunggu-tunggu sebab Yey!! besok Sabtu.

Dah seminggu kita berpuasa.  Tiap-tiap hari kita berpikir apa yang perlu dimakan untuk berbuka puasa.  Harap-harap apa yang kita sediakan untuk keluarga bukan saja yang enak-enak tetapi juga berkhasiat. Sebenarnya bukan hidangan lazat saja yang perlu kita sediakan tetapi kita juga jangan lupa untuk sediakan santapan untuk rohani kita. Sudah berapa banyak amalan baik yang telah kita lakukan sepanjang seminggu berpuasa?  Sudah berapa banyak ayat-ayat alQuran yang telah kita baca. Sudahkah kita mengurangkan perbuatan yang tidak berfaedah seperti menceritakan hal orang dan sebagainya. Nauzubillah.. semuga kita dihindari daripada perbuatan yang dimurkaiNYA.

Pagi ini bundo letakkan satu resepi bundo yang telah keluar dalam majalah MIDI (keluaran ogos 1 hb). Mungkin ada di antara anda yang tidak atau belum membelinya.  Bundo kongsi di sini.



Bahan:
100 gm mihun yang telah lembut
12 ekor udang besar
50 gm tauge
2 cekak pegaga diambil daun dan batang lembut
4 keping daging salai
2 sudu besar lada hitam ajishio
1 cawan kelapa parut
2 sudu besar udang kering
6 ulas bawang merah
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam




Cara:
1.       Udang dibuang kepala dan kulit.  Belah belakang udang.
2.       Masukkan udang ke dalam air mendidih sebentar dan keluarkan segera apabila bertukar warna.
3.       Goreng sebentar daging salai dan potong kepada beberapa potongan kecil.






4.       Sangrai kelapa parut sehingga kekuningan. Keluarkan.
5.       Sangrai udang kering sehingga berbau  wangi.  Keluarkan.
6.       Tumbuk udang kering dan kelapa parut.





7.       Tumbuk bawang merah separa hancur.  Gaul bersama udang kering dan kelapa parut.
8.       Dalam mangkuk besar, gaul bersama daging salai, tauge, pegaga, udang dan mihun.
9.       Masukkan bahan tumbuk, lada hitam dan jus lemon beserta garam.  Gaul rata.
10.   Rasakan asam dan garam dan boleh sesuaikan rasa mengikut selera.




Sekian.  Selamat menjalani ibadah puasa.  Sudahkah anda bersedekah pagi ini?  Mulakanlah hari-hari anda dengan bersedekah. Senyuman manis anda adalah satu sedekah dan anda pasti akan ceria sepanjang hari insyaAllah.


ibundo




Wednesday, July 25, 2012

Cheezy roti popia

Ini berbuka semalam. Buat 20 ketul, habis. Diorang kata sedap sebab kulitnya rangup.
Buatnya senang saja. Intinya apa-apa pun boleh.  Inti ayam kentang, inti sardin atau bubuh sosej pun jalan.
Tapi yang sedapnya sebab bundo bubuh selapis cheese keping di atas roti, membuatkan intinya basah-basah lembab kekejuan.

Nak cuba?



10 keping roti sandwic gardenia atau seumpamanya
Inti karipap
10 keping cheese kraft
10 keping kulit popia
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air



-Tepung dimasukkan kedalam mangkuk dan satukan dengan air hingga sebati.  Ketepikan.
-Ambil sekeping roti gardenia, gelek nipis nipis.
-Letak sekeping cheese di atas roti.  Kemudian letak inti di atas cheese.  Gulung kemas. Buat seperti itu sehingga habis.
-Bentang sekeping kulit popia, bahagian runcing menghadap ke dada.  Celupkan roti ke dalam tepung dan letak di atas kulit popia. Gulung dan kelim di bahagian tepinya. Sapu air tepung di bahagian hujung sebagai perekat.
-Panaskan minyak dan goreng garing.



Sekian.  Selamat berbuka puasa.

ibundo


Monday, July 23, 2012

Puding dwirasa

Hari ketiga Ramadhan.  Bundo rajinkan diri untuk masukkan n3 baru. Juadah pencuci mulut untuk petang ini.  Rasanya tak tahu sebab belum rasa.  Mintak-mintak sedap.



Bahan:
Satu kotak jeli segera perisa strawberi
1 sudu besar serbuk agar-agar

Masak jeli mengikut arahan dikotak.  Masukkan serbuk agar-agar dan masak sehingga larut. Sediakan acuan lompang.  Basahkan.  Masukkan jeli ke dalam  acuan lompang kira-kira 3/4 bahagian sahaja.  Sejukkan.




1 bungkus agar-agar tali.
1 cawan perahan air pandan yang telah diblender
1 tin susu cair
3/4 cawan gula (kalau suka manis, tambah)
1300 ml air
1 sudu besar pes pandan

Rebus agar-agar bersama air sehingga larut.  Masukkan gula serta air pandan. Setelah sebati, masukkan susu dan pes pandan.
Sediakan acuan puding yang dua kali ganda lebih besar daripada acuan lompang.  Masukkan sedikit adunan puding di dasar acuan. Buat serupa pada semua acuan. Biarkan 3/4 keras.
Cakar-cakar sedikit permukaan puding.  Keluarkan jeli dari acuan lompang dan letak di atas puding yang telah dicakar tadi. Letak di tengah-tengah.
Kemudian curahkan adunan puding di atasnya sehingga ke paras permukaan.  Biarkan keras.



Sos kastad.
Yang ini pandai-pandai lah anak-anak ye.  Bundo main lebur je semua bahan.  Takde sukat-sukat pun.
Bundo bubuh tepung kastad sikit, susu cair, whip cream dan sedikit gula.  Lepas tu jerang sehingga kuah agak pekat.



 Air tu cuma untuk tujuan bergambar je. Lepas tu simpan dalam peti ais untuk minum nanti.



Sekian.

ibundo

Sunday, July 22, 2012

Begedil kentang

Salam.
Dah beberapa hari tak ada n3 baru. Mungkin dalam bulan Ramadhan ini n3 akan berada di tahap paling lembab. Apa pun diucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada anda sekelian.  Semuga Ramadhan ini mempertingkatkan ibadah serta iman kita semua. Amin...

Bergedil keemasan ini dibuat pada petang tadi, dimakan semasa berbuka puasa. Begedil ini penuh dengan rasa kentang membuatkan tangan-tangan jangkau menjangkau untuk mendapatkannya haha..
Bercakap pasal emas ni teringat pula bahawa pada beberapa tahun lalu bila harga emas masih dianggap murah, maka dalam bulan puasa inilah terutamanya bila dah nak hampir sangat nak raya, kedai-kedai emas diserbu oleh peminat-peminat. 
Sekarang pun peminat emas masih menyerbu pohkong dan sebagainya tetapi rasanya jumlah tak macam dulu. Kalau tak silap harga emas  dah turun sikit kan?



Nak buat begedil ni senang je. Bila senang, malas nak bagi resepi. Tapi dalam senang tu ada juga yang tak tahu buat, betul tak.
Buat begedil kentang ni kalau tak mahu dia lembik, jangan direbus kentangnya.  Hiris dan digoreng.  Lepas goreng tu, ditumbuk dengan lesung.  Jangan blender.  Kang kalau blender nak kena bubuh air pula.  Sebab tu lembik.



Untuk buat begedil yang ini, bundo guna 8 biji kentang yang besar besar. Kemudian setelah dibuang kulit, bundo hiris dan kemudian digoreng. Lepas tu tumbuk halus.
Bundo campurkan kentang yang telah ditumbuk tadi dengan 200gm daging ayam kisar. Bubuh garam satu sudu teh, lada sulah satu sudu teh. Sepatutunya bundo bubuh daun sup dan daun bawang tapi sebab benda tu tak ada, bundo belasah je tak bubuh.

Bila adunan macam dah sebati, jemput sedikit mengikut saiz yang kita mahu.  Kalau nak comel, ambillah sedikit.  Kalau suka yang gemuk gedabak, ambillah banyak. Lepas tu bulat bulat dan leperkan. Sebelum digoreng, celup dulu dalam telur yang telah dipukul dan golekkan ke dalam breadcrumbs keemasan. Goreng.



Daun pudina tu pokoknya bundo baru tanam tiga empat hari lepas.  Mula-mula nampak macam nak mati tetapi petang tadi kelihatan tumbuh pucuk baru.
Minta minta panjanglah umur dia.

Sekian.  Selamat mengharungi ramadhan ke tiga esok hari.

ibundo

Tuesday, July 17, 2012

Air mata kasih

Salam kasih sayang diucapkan kepada pengunjung dapur bundo ini. Semuga kalian sihat walafiat dan telah bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari sahaja lagi.
Mungkin hidangan bundo pada hari ini boleh dijadikan sebagai salah satu juadah untuk berbuka puasa, insyaAllah.



Bahan yang akan bundo letak di sini adalah sebagai panduan sahaja sebab bundo tidak menyukatnya betul-betul bila bundo membuatnya.  Dalam kata lain, bundo main campak-campak saja.  Tapi insyaallah bagi anda yang telah biasa memasak, anda tahu konsistensi yang diperlukan. Bagi yang tidak biasa memasak dan baru belajar nak masak, jadikanlah sukatan bundo ini sebagai panduan.



 bahan air mata:
1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
1 1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula castor
2 titik pewarna kuning

bahan kuah:
600 ml santan
2 sudu besar tepung pulut dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan




1. Labu yang telah dilenyek digaul dengan tepung beras pulut, gula dan pewarna kuning sehingga sebati. Sebaiknya, bubuh tepung sedikit demi sedikit untuk mencapai tahap kelembutan yang diperlukan. Konsistensi adunan adalah lembut sedikit daripada adunan membuat kuih buah melaka.  Jadi, sekiranya sukatan yang bundo beri ini masih lembik, bolehlah tambah sedikit tepung lagi.
2. Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari tangan (lebih kurang), gentel menjadi lonjong dan tajam di hujungnya seperti bentuk air mata. (seperti gambar di bawah).
3. Panaskan air di dalam periuk yang dibubuh sedikit gula.  Apabila mendidih, masukkan adunan yang telah digentel tadi dan biarkan sehingga semuanya timbul. Cedok dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air (air biasa)
4. Untuk membuat kuah, campurkan kesemua bahan di dalam periuk.  Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.  Kuah mestilah dikacau selalu untuk mengelakkannya pecah minyak.
5.  Apabila sudah masak, tapis 'air mata' yang terendam di dalam air tadi dan masukkannya ke dalam kuah. Segera padamkan api.




Bagi mereka yang suka biji sagu, boleh juga dibubuh di dalam kuahnya. Tapi kali ni bundo mahukan dia just as it is. Memang berbaloi.




Labu ada lagi suku biji dalam peti ais.  Tengah pikir nak buat projek apa pula dengan labu yang tinggal tu.

Sekian.  Selamat mencuba.


ibundo


Sunday, July 15, 2012

Roled ayam kukus

Salam pagi ahad dan selamat berhujung minggu dan bergembira bersama keluarga kalian.
Cuma N3 pendek dari bundo pagi ni.




Bahan roled:
200 gm cendawan butang di dalam tin dihiris nipis
200 gm daging ayam cincang
6 ulas bawang merah dihiris nipis
1 batang daun bawang dihiris nipis
1 batang daun sadri dihiris nipis
1 biji cili merah dicincang halus
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan majerin dicairkan
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam halus





1. Campur semua bahan.  Gaul hingga rata.
2. Gunting aluminium foil berukuran lebih kurang 20 x 20 cm.  Letak dua sudu besar adunan di atasnya.  Gulung ketat dan lipat di tepi.
3. Kukus sehingga masak dan padat, lebih kurang 20 minit.





Sediakan sos cili untuk mencicah.  Boleh dimakan bersama nasi.

Sekian.

ibundo

Friday, July 13, 2012

Sambal ikan bilis petai

Ada orang suka makan petai.  Ada orang tak suka makan petai. Ikutlah kehendak dan kesukaan masing-masing kan? Tapi kalau buat sambal bubuh petai, pergh... kalau makan gerenti tak nampak orang lalu lalang.

Ada adik-adik atau anak-anak yang tak tahu buat sambal petai? Ni bundo perturunkan ilmu.



2 senduk gulai pes cili kering (cili kering yang telah diblender)
1 cawan ikan bilis
2 papan petai
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 cm halia *
sebesar guli asam jawa dibancuh dengan 1/4 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk stok ayam (tak apa kalau tak bubuh)

1.  Ikan bilis dibersihkan dan direndam sebentar.  Toskan air.
2.  Petai diambil isinya dan dibelah dua.
3.  Bahan yang bertanda* diblender.
4.  Panaskan sesenduk minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.  Masukkan cili dan goreng sehingga garing/masak.
5.  Masukkan ikan bilis dan santan.  Kacau sebentar dan masukkan air asam, gula dan garam.
6.  Apabila hampir masak, masukkan bawang.  Rasakan masam, masin dan manis serata.



Sedap juga dimakan bersama dengan nasi lemak.

Sekian.

ibundo


Thursday, July 12, 2012

Roti hotdog bungkus

Selamat berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa sunat pada hari ini. Makan apa?
Harini bundo makan nasi impit, rendang daging dan kuah lodeh. Ooops.. makan nasi tiga empat ketul je dan daging sikit. Bundo tak boleh makan daging banyak sebab terselit celah gigi susah nak cungkil hehe..

Bundo buat juga roti hotdog bungkus ini. Makan cicah dengan sos cili campur mayonis atau makan begitu saja. Krap krup krap krup bila dikunyah sebab kulitnya garing.  Nak cuba?



1 bungkus sosej cheese
1 bungkus roti hotdog
1 cawan kubis yang telah dicincang halus
1/2 biji cili merah dicincang halus
1/2 sudu kecil lada hitam ajishio
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar cili sos
12 keping kulit popia bersaiz besar
butter untuk menyapu roti
minyak untuk menggoreng



1. Hotdog direndam dalam air panas.  Toskan dan ketepikan.
2. Kubis dicincang halus.  Masukkan ke dalam  mangkuk dan campurkan sos cili, mayonis dan lada hitam.
3. Roti hotdog dibelah tetapi jangan putus.
4. Sapu nipis roti dengan majerin.  Letakkan sayur kubis dan hotdog. Kemudian roti dipotong dua sama panjang.
5. Bentang sekeping kulit popia.  Letak sebelah roti yang telah dipotong tadi dibahagian tepi berhampiran dengan kita. Lipat kedua-dua tepi ke tengah dan gulung sambil menekan sedikit roti supaya padat (seperti menggulung kuih ketayap). Buat seperti itu sehingga roti habis.
6. Panaskan minyak dan goreng seingga kekuningan dengan api perlahan.



Boleh dijadikan juadah untuk berbuka puasa.

Sekian.

ibundo


Puding Nasi

Pernah dengar puding nasi sebelum ni tapi tidak tergerak hati untuk membuatnya. Kelmarin semasa menyelak-nyelak buku resepi yang bertimbun, bundo terjumpa dengan resepi puding nasi dan keinginan untuk mencubanya datang. Jadi, semasa ke kedai yummy untuk membeli tepung HP, bundo ambil juga satu tin buah ceri.

Ini projek semalam. Nasi tu rasanya lemak-lemak manis berkrim. Bundo bagi rating 6/10 sebab tekak tak biasa dengan nasi yang ada rasa manis ni.




Anyway, bundo turunkan resepi.  Mana tahu kot-kot ada pula yang berkenan.

100gm beras
50gm castor sugar
500 ml fresh milk
200 ml whipcream

1 tin buah ceri
2 gm tepung jagung
20gm castor sugar
3 gm serbuk kayu manis


Cara:
1. Rendam beras selama 1 jam.  Toskan airnya.
Masukkan susu dalam periuk dan rebus bersama beras dan gula dengan api perlahan. Kacau selalu.
Masak hingga adunan berkrim.  Padamkan api. Biarkan sejuk.
2. Pukul whipcream sehingga kembang. Gaul sebati dengan nasi.
3. Masak ceri bersama dengan gula, tepung jagung dan serbuk kayu manis. Masak sehingga adunan pekat.
4. Masukkan beberapa sudu nasi berkrim ke dalam gelas.  Letak adunan ceri di atasnya.  Masukkan lagi nasi dan akhir sekali letakkan adunan ceri. Hias ikut suka.



Sekian.


ibundo

Wednesday, July 11, 2012

Mee Goreng Briyani

Ya.. tak silap. Betullah tu apa yang you all baca.  Mee goreng briyani.
Saja nak mencari kelainan. Hasilnya tidaklah terkinja-kinja dek kesedapan tetapi memadai memuji diri sendiri kerana berjaya membuat sesuatu yang lain daripada yang lain.



Bahan:
1 bungkus mee kuning
1 ketul dada ayam didadu kecil
8 ekor udang (ikut suka nak letak berapa)
10 biji fish ball dibelah dua
2 keping fishcake dipotong nipis
beberapa batang sawi
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap masin
1 cube stok ayam
1 cawan air (atau lebih)

untuk tabur:
daun bawang dan daun sadri dihiris 
1 biji cili merah dihiris
sedikit bawang goreng



Cara:
-Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang sehingga wangi.  Masukkan rempah briyani.  Goreng rata.
-Masukkan ayam.  Setelah berubah warna, masukkan udang, fishcake dan fish balls.  Gaul.
-Masukkan pula tomato puree, stok ayam, sos tiram dan kicap.  Tambah air.
-Apabila mendidih masukkan sawi dan mee.
-Sekiranya suka mee basah, bolehlah tambah sedikit air lagi.
-Rasakan masinnya.  Tambah kicap atau pun garam kalau perlu.

ibundo

Ayam goreng harum

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita hari ini. Bersyukur kepadaNya kerana masih dipinjamkan sehingga ke saat ini. Apa khabar semua?

Kali ini bundo ingin kongsikan satu resepi ayam yang asalnya milik chef wan. Selalunya resepi chef wan yang bundo cuba semuanya menjadi dan sedap-sedap. Begitu juga dengan resepi ini.  Bundo makan sambil jilat-jilat jari. Namun ada beberapa bahan yang bundo olah mengikut kesesuaian bundo.

Dalam resepi ini, ayam yang digunakan adalah bahagian dada yang selalunya tidak berapa digemari kerana ia penuh dengan daging. Anak-anak bundo selalu tolak bahagian ini.  Bundo sendiri pun tak gemar.  Malah kalau makan kfc kami selalu beritahu pelayan kaunter 'tak mahu bahagian dada'. Begitulah tidak gemarnya kami pada bahagian ini.

Peliknya, kalau dipotong kecil-kecil dan tak nampak lagi bentuk dada ayam itu, laku lah pulak...



Okay, resepi:
Bahan
4 ketul dada ayam
2 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili api
2 sudu besar sos tomyam
1/4 cawan air
2 sudu besar mayonis
6 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
minyak untuk menggoreng

Bahan perap:
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung




Cara:
1. Ayam dihiris memanjang
2. Di dalam mangkuk, campur semua bahan perap, masukkan ayam dan perap selama 20 minit.
3. Goreng ayam dalam minyak terendam sehingga kekuningan dan rangup. Ketepikan.
4. Hiris nipis bawang besar, bunga kantan, serai, halia, cili dan daun limau purut yang telah dibuang tulangnya.
5. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
6. Ambil sedikit minyak lebihan menggoreng ayam, panaskan.
7. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis.  Goreng lagi sehingga baunnya naik.
8. Tambah pes tomyam, ayam dan air. Gaul rata.
9. Seketika sebelum padamkan api, masukkan sos mayonis. Gaul.



Sekian.


ibundo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...