Latheefa's Muslimah Collections

Monday, October 31, 2011

Bankuong

Bundo agak bizi.  Alhamdulillah, kebizian bundo yang satu ini selesai sudah. Tapi akan diganti dengan kesibukan yang lain pula. Biasanya begitulah.... kan?

Di tempat bundo tinggal ni, ada satu restoren yang signature dishnya masakan kampuchea. Bundo dengan hasben selalu ke sini makan bankuong selepas selesai berjoging. Bundo sebelum berjoging cuma minum air kosong dan makan roti kosong sekeping.  Lepas joging, mestilah perut pun kosong. Memang dah lazim macam tu, hasben belanja minum selepas berjoging.  Buang lemak tambah lemak.

Selepas hariraya haritu, kedai ni macam bertutup je tak bukak-bukak.  Dulu bundo pernah tanya sekali kenapa jadi macam tu.  Bos dia cakap perkerja balik kampung.  Kampung pulak nun jauh kat indon. Alahai.. Jadi, oleh sebab teringin sangat nak makan bankuong, bundo ambillah inisiatif buat sendiri.



Bahan:
(Bahan ni bundo tak letak berapa banyak.  Semuanya terpulang berapa banyak nak buat)
Rice paper
bihun yang telah dicelur lembut
udang secukupnya
carrot yang diparut halus
tauge dicurah dengan air panas sebentar
sedikit daun ketumbar dihiris kecil
sos ikan

untuk sos:
2 tbs rice vinegar
1 tsp gula castor
1/2 cawan air
1/4 cawan sos hoisin
2 tbs kacang tanah yang dipanggang dan ditumbuk kasar

pelengkap:
timun
salad
daun ketumbar
kalau ada sup ayam, letaklah bersama sup. Kalau tak ada, tak apa.



Kalau tengok dalam bahan tu ada guna rice paper kan? Melilau bundo cari rice paper ni. Dekat-dekat sini tak ada jual.  Dulu bundo beli di restoren vietnam di mid valley.  Haritu pergi, restoren tu dah tak ada lagi dan dah diganti dengan kedai lain.  Bundo turun cari di jusco. Ke hulu ke hilir bundo cari di bahagian basah, dalam freezer tu.  Tak jumpa gak. Setelah memang penat ke hulu ke hilir, akhirnya jumpa di bahagian noodles. So, kalau nak cari, pergilah ke jusco di mid valley kalau tempat anda tak ada jual benda ni.  Pergi bahagian mihun ye!


Bagi yang belum pernah tengok rice paper dan nak tahu rupanya macamana, ha.. tu seperti yang dalam gambar tu.



Cara nak buat.
-Masukkan bihun dan sayur-sayur ke dalam mangkuk.  Letak lebih kurang 1 sudu besar sos ikan.  Gaul rata.
-Udang dibuang kulit, belah belakang dan dicelur masak.
-Letak air panas di dalam besen. Jangan terlalu panas. Ambil sekeping rice paper dan rendam dalam air panas.  Rendam sekejap saja sebab ia cepat lembut.  Keluarkan dan bentang dalam pinggan.
-Letak campuran bihun dan sayur di bahagian yang hampir dengan anda.  Susun 3 ekor udang di atasnya.  Lipat tepi kiri kanan dan gulung.
-Buat seberapa banyak yang anda mahu.

Untuk buat sos:
Masak gula,cuka dan air di atas api sederhana besar sehingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.  Masukkan sos hoisin dan kacau rata.  Masukkan kacang dan padamkan api.



Kalau, rajin buatlah sup ayam yang simpel. Hasben bundo suka makan ni dengan sup ayam.  Kalau pergi restoren kampuchea tu pun, kami mesti minta sup sekali.


ibundo

Friday, October 28, 2011

Stuffed Zucchini

Terung ni my all time favourite. Cook it whatever way you want, tetap sedap. Buat masak belado, sambal campur dengan sardin, pajeri, lawar, masak cili api... just name it.  Tak cukup nak buat list. Tapi tengok lidah gak lah kan. Kalau lidah tu memang nak rejek terung, sampai bila pun kata tak sedap.

Resepi kali ni memang menyasar jauh dari yang selalu buat. Ala-ala western gitu..


 Bahan:
1 biji zucchini (terung yanng gedabak tu.  Boleh dapat kat pasaraya)
2 sudu besar minyak zaitun (butter pun boeh, minyak biasa pun okay)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
100 gm daging ayam didadu kecil
1/2 batang carrot didadu
1 biji tomato, dibuang biji dan didadu
1 sudu besar daun sadri yang telah dihiris
garam dan lada hitam secukupnya
1 biji telur
mozarella /cheddar cheese


Cara:
-Belah dua zucchini.  Buang isi tengah menjadikan terung itu berlubang di tengah. Dadukan isi terung.  Ketepikan.
-Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan isi terung. Masak sehingga lembut. Masukkan pula tomato, carrot dan daun sadri. Perasakan garam dan lada hitam. Masak lebih kurang dalam 2 minit.  Angkat. Masukkan ke dalam mangkuk.
-Pukul telur. Masukkan ke dalam bahan yang dimasak tadi.  Gaul rata.
-Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas terung.  Sudukan gorengan tadi ke dalam lubang terung.  Penuhkan dan taburkan cheese di atasnya.
-Panaskan oven 180 degC dan bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.




Dalam esbok cuma ada parmesan cheese.  Sebab tu jadi tak cantik.  Sepatutnya dia mencair kat atas terung tu.


Sekian

ibundo

Thursday, October 27, 2011

Nasgor Cencaluk

Salam hari khamis.  Kejap je dah khamis. Cuti pergi mana.  Tengok wayang? Movie sekarang ni melambak dengan cerita hantu.  Cerita hantu ni masuk sampai dalam rumah kita. Baik melayu, baik indon, baik siam, baik omputih, gemar sangat buat cerita hantu. Yang tak boleh lelap tidur bukan diaorang.  Kita jugak. Especially bundo ni yang kalau tengok cerita hantu mesti tengok melalui celah-celah jari. Lepas tu kalau masuk toilet mulalah imajin macam-macam.

Sebenarnya rumah bundo ni berhantu jugak.  Hantu cencaluk haha.. Kalau balik melaka, mesti singgah beli cencaluk dua tiga botol.



Kali ni bundo nak tunjuk nasi goreng cencaluk yang bundo buat tiga hari lepas. Cerita nasi goreng cencaluk ni best jugak sebab bundo kena simbah dengan cencaluk semasa membuka penutup botolnya. Masa buka penutup botol tu dah nampak dah ada buih buih keluar tapi bundo paksa jugak. Sudahnya, 'pop!..' sebaik terbukak habis satu badan bermandikan cencaluk.



Bahan-bahan:
Nasi sejuk (Bundo tak sukat pun. Sendiri-sendiri boleh adjust)
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2-3 sudu besar cencaluk
3 ketul ayam dipotong kecil
10 ekor udang sederhana besar
4 batang sosej dihiris
5 biji cili api diketuk
3 sudu besar pes cili kering
2 biji limau kasturi diambil airnya
sedikit serbuk perasa (optional)
kacang panjang dipotong pendek secukupnya
carrot dihiris panjang secukupnya



-Panaskan minyak.  Tumis bawang hingga wangi.  Masukkan pes cilli kering.  Goreng sehingga masak. Masukkan cili api dan cencaluk. Gaul rata. Masukkan air limau.
-Masukkan ayam, udang dan sosej.  Gaul. Masukkan sayur.  Gaul. Bubuh sedikit garam. Sikit saja sebab cencaluk dah masin.
-Akhir sekali masukkan nasi.
-Biar sampai masak.


Ada cencaluk berlebih dalam botol, bundo buat sambal cencaluk. Ada pula petai dalam esbok.  Bundo tambah petai. Lepas tu makan nasi goreng cencaluk dengan sambal cencaluk petai sambil gigit-gigit cili apinya sampaikan air hidung meleleh-leleh.

ibundo

Wednesday, October 26, 2011

Chicken Chop

Adik nak makan apa dik, bundo tanya anak yang kecik yang masa tu dah tingkatan satu dah.
Adik nak makan chopstick!!
Haha.. berderai gelak kami. Kalau tersalah cakap , memang membuahkan rasa geli hati yang teramat sangat.

Hasben bercerita, dulu ada budak mesia yang nak mintak stampedkan borang daripada profesornya. Orang kita selalu cakap, cop.  Cop borang lepas tu tandatangan. Budak ni selamba bawak borang dan suruh chop.
Tercengang orang putih tu.
What chop?
This chop? Sambil dia buat gaya potong zip zap...
Tergolak den.

Itu cerita sampingan. Bundo nak penuhi permintaan anim ni. Dari puasa haritu dia suruh tunjuk resepi chicken chop. Nim, resepi ni akak belajar dari sifu. Ekau ikut betul2 breading procedure tu. InsyaAllah jadik. Dia punya formula, every 100% tepung gandum, yang lain2 tu 30%. Kalau buek banyak atau sikit, ingatkan percentage tu.  Tak boleh lari.



Bahan
Beberapa ketul peha ayam yang telah dibuang tulang dan dileperkan.
(Boleh juga gunakan dada ayam dan ketul leper dengan pengetuk daging.  Kalau nak senang, beli ayam khas untuk chicken chop di kedai frozen food.)

A
Tepung  penyalut:
100 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
30 gm oat
30 gm bread crumbs warna oren/kuning
30 gm tepung ayam adabi

Gaul semua bahan tepung di atas dan ketepikan.

B
3 biji telur dipukul sedikit. (tambah telur kalau tidak cukup)


Cara:
-Celup ayam dalam telur dan golekkan atas tepung. 
-Celup sekali lagi dalam telur dan golekkan lagi atas tepung.
-Goreng.

Nota: Tepung penyalut ini boleh digunakan juga untuk fish filet.

Hidangkan ayam bersama side dish kegemaran anda. Bundo suka makan dengan sayur.  Anak suka makan dengan fries.


Sos lada hitam:
100 gm butter
2 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu segar
2 cawan stok ayam. (kalau tak ada, campurkan air dengan 1 cube stok ayam)
1/2 cawan sos lada hitam
sedikit garam.

Cara:
-Panaskan butter. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih.
-Masukkan susu. Kacau pantas. Kalau nampak mengental, masukkan stok ayam sedikit demi sedikit. Kacau pantas supaya sos tidak berketul.  Sekiranya nampak kuah terlalu pekat, boleh tambah air mengikut kesesuaian.
-Masukkan sos lada hitam dan garam secukup rasa.
-Masak sehingga kuah pekat.


Sekian.

ibundo

Tuesday, October 25, 2011

Nasi tomato

Selalunya kalau buat nasi tomato, bundo guna tomato puree.  Kali ni bundo gunakan tomato sup kimball. Anak laju je makan. Tak tahulah tekak orang lain. Kalau nak cuba, bolehlah terai resepi di bawah ni.



1 kilo beras basmati
1 tin tomato sup kimball
1/2 tin susu cair
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 inci halia dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dicincang
1 cube stok ayam
Segenggam kismis
4 sudu besar majerin/butter untuk menumis
2 helai daun pandan disiat dan disimpul
air secukupnya


1. Panaskan butter.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan sehingga wangi. Ketepikan.
2. Masukkan beras basmathi ke dalam rice cooker. Tuangkan bahan yang telah ditumis tadi.  Masukkan sup tomato, susu cair, cube ayam, daun pandan dan air secukupnya.  Tambah garam secukup rasa.
3. Bila mendidih, kacau perlahan supaya cube ayam tidak terkumpul di satu bahagian sahaja.
4. Bila nasi separuh masak, masukkan kismis.
5. Tanak sehingga masak. Taburkan dengan badam goreng kalau suka.

Bundo makan dengan ayam kurma kari dan sambal.  Lidah ni kalau tak de yang pedas macam tak jalan je.

Sekian.

ibundo

Monday, October 24, 2011

Ayam Kunyit Thai

Bangkok tengah alert sebab banjir. Simpati kita pada mereka yang terpaksa melalui bencana alam ini. Namun begitu, kebanjiran masakan thai telah lama berlaku di negara kita. Sebut tomyam, terbayang rasa masam manis pedas masin yang seimbang. Dengar nama saja sudah boleh membuatkan kita menyedut kembali air liur yang keluar.

Resepi ini kepunyaan chef Sarji melalui bukunya 'Masakan Thai rsepi ala gerai'.  Banyak masakan yang sempoi sempoi di sini. Rasa pun, sedap. Bundo kongsi di sini.



A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.



1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

ibundo

Sunday, October 23, 2011

Homemade vanilla ice-cream

Salam hari minggu.
Bundo nak pergi berjoging pagi ni. Sebelum tu, letak dulu resepi aiskrim mudah.  Kalau ada sesiapa yang minat nak buat aiskrim sendiri, bolehlah cuba. Sonang.. Lolap mato pun boleh buat.



 Bahan:
150 gm coffemate
100 gm gula castor
250 ml fresh milk
250 ml whipping cream
1 tsp esen vanila



Cara:
1. Larutkan cofffemate, gula dan susu.  Ketepikan.
2. Putar whipping cream hingga kental.  Campurkan dengan 1.
3. Simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam freezer sehingga separuh beku.
4. Keluarkan dan pukul lagi dengan mixer dengan kelajuan maksima selama lebih kurang 8 minit.
5. Masukkan semula ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam freezer sehingga beku.  Ambil masa lebih kurang 8 - 10 jam.



 Kalau tak sabar nak makan, tunggu je lah depan peti ais tu.  Bawak bantal sekali.




Sedap juga dimakan bersama sos strawberi atau sos coklat.



Sekian.


ibundo

Saturday, October 22, 2011

De Rosella

Selamat berhujung minggu.
Di belakang rumah bundo ada pokok rozel.  Ceritanya ada di sini.  Sempat jugalah bundo mengutip kuntum-kuntum rozel dan merebusnya untuk dibuat sirap. Airnya sedap diminum sejuk terutamanya pada waktu panas terik. Rasanya pun ada rasa ala-ala ribena.



 Hampas rozel yang sudah direbus tadi, boleh dibuat jem. Boleh dimakan bersama roti atau biskut atau pun digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan.
Sekiranya ada tanah di belakang rumah, tanamlah pokok rozel.  Tidak rugi menanamnya tetapi jangka hayat pokok ini dalam kadar 6 bulan sahaja dan perlu di tanam semula sekiranya mahu stok yang berterusan.

Cara mebuat sirap rozel:
Ambil  kuntum-kuntum yang besar, masukkan ke dalam periuk dan bubuh air.  Tambah gula secukupnya.  Biar manis sedikit, tidak mengapa sebab bila kita minum, kita perlu tambah air dan ais mejadikan manisnya berkurangan.  Rebus sehingga benar-benar empuk dan airnya kelihatan merah pekat.



Cara membuat jem:
Tapis rozel yang sudah direbus. Masukkan rozel ke dalam blender dan kisar halus. Curahkan ke dalam kuali, tambah gula secukupnya dan masak sehingga pekat.

Sekian.


ibundo

Thursday, October 20, 2011

Urap lagi..

Pergi tesco ternampak betik mengkal dan jam tu juga teringat nak buat kerabu betik.  Oleh sebab tengahari tu banyak benda yang nak diuruskan, bibik took over tugas masak untuk lunch.  Betik letak tepi dulu.  Petang baru bundo kerjakan dia.  Erk.. kerjakan betik bukan kerjakan bibik.

Bila sampai waktunya, betik yang paginya mengkal dah jadi betik masak. Bundo cuma dapat tarah bahagian luarnya sahaja.  Dapatlah seciput. So, untuk tidak menghampakan tekak yang nak mengurap, bundo campur dengan tauge dan ulam raja.



 Untuk bahan-bahan, sila tengok di sini. Bahan yang berbeza cuma sayurnya sahaja.




Bundo makan ni ratah-ratah je.  Habis semangkuk.
Tengah malam perut berbunyik-bunyik sebab lapar.. hiii..



ibundo

Wednesday, October 19, 2011

Iwak lele jeruk maman

Ada satu cerita. Lama pun belumlah berapa lama.  Adalah lima nam tahun.
Bundo pergi rumah sepupu di jakarta. Sampai waktu makan tengahari,  dia jamu kami makan. Lauk macam-macam, antaranya ayam ungkep, ikan balado dan daging rendang minang. Kami makan macam tak cukup tangan.

Ikan balado tu tersangatlah sedap.  Bundo tanya, ikan apa.  Dia jawap ikan lele. Bundo tak tahu ikan lele tu apa.  Hasben pun tak tahu.  Tapi daging ikan ni sangat halus dan lembut. Sepupu bundo pula potong ikan tu pendek-pendek.  Jadi tak dapatlah nak cam kan bagaimana rupanya ikan ni semasa hidup.

Lepas tu kan, semasa bundo gali gali lagi dalam mangkuk ikan balado tu, bundo terjumpalah dia punya kepala. Langsung bundo tangkap leher bundo ni dan berlari masuk bilik air. Brruekk... habis semua terkeluar semula. Sebenarnya bundo tak pernah makan, tak suka makan, tak reti makan ikan keli dan ikan sembilang. Bila dah tahu yang bundo makan itu adalah ikan keli, secara otomatik otak hantar signal pada tekak untuk membelahakkan balik segala yang dah termasuk melalui anak tekak.

Lepas tu buat-buat bagitahu pada sepupu yang bundo tercekik tulang.

Mintak maap.  Bundo memang tak makan.  Tengok kepalanya bundo dah takut.  Tapi sekali sekala (adalah sekali dalam setahun) bundo masakkan juga lauk ikan sembilang ni untuk anak yang gemar. Macam ahad haritu.  Bundo ke pasar tani, ada pulak sembilang salai. Semasa membelek-belek sayur, ada pula maman jeruk. Orang yang jual tu dengan pujuk rayunya mendesak bundo membeli sembilang dengan maman jeruk.  Sedap dimasak lemak cili api. Sebab bundo tengok orang tu macam nak menangis je (hehe), bundo pun beli.



Kepala ikan ni bundo dah cropped.  Tak sanggup den nak nengok e.

Ikan sembilang salai ni bundo masak lemak cili api dicampur jeruk maman seperti yang disajes oleh penjual. Ada pula ulam potai. Diorang makan tengahari tu tunduk je tak pandang kiri kanan oleh kerana lekanya mengadap lauk sedap. Kata dioranglah sedap.  Bundo tak makan.  Bundo rasa rasa kuah je.

Resepi? Ah.. tak payahlah.  Sama je macam masak lemak cili api yang lain tu.



Sebelah malamnya, kakngah sakit perut memulas-mulas. Sampaikan kejang kaki menahan sakit. Bawak  dia pergi klinik, doktor kata food poisoning. Kena injek satu das. Mungkin perutnya tak tahan makan maman yang dijeruk itu.  Orang lain relek je.


ibundo

Tuesday, October 18, 2011

Ayam kicap bersantan

Sabtu lepas bila bundo balik kampung, banyak benda yang menggamit kenangan lama. Bayangan emak bundo memenuhi ruang rumah. Ingin dipeluk tapi tangan tak tergapai. Akhirnya lemas dalam rindu yang tidak bertepi.

Reban ayam hanya tinggal tapaknya saja. Sudah reput setelah bertahun-tahun tidak berpenghuni.  Seolah kedengaran riuh rendah ayam apabila mak datang membuka pintu untuk menabur hampas kelapa atau nasi sejuk atau dedak yang abah beli di kedai aki.

Resepi ini resepi emak. Emak buat dengan menggunakan ikan tenggiri tetapi kali ini bundo ubah masak ayam.



1 ekor ayam
Santan dari 1 biji kelapa
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
3 biji buah keras*
5 tangkai cili kering*
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 biji ubi kentang dibelah empat
1 sudu besar kicap pekat
6sudu besar kicap masin
1 keping asam gelugur
Cili hijau dan merah (optional)

Blender bahan yang bertanda*.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender dan rempah empat sekawan sehingga wangi.
Masukkan ayam dan kicap.  Tunggu sehingga air ayam kering baru masukkan santan.
Apabila kuah mendidih dan ayam separuh masak, masukkan kentang.
Sekiranya kuah nampak macam tak cukup kicap, bubuh sedikit lagi kicap.  Agak-agaklah rasanya. Kalau dah cukup masin, tak perlu bubuh garam. Kalau kurang masin, bubuh sedikit garam.
Masukkan asam keping bila kentang empuk.
Biarkan kuah agak pekat.



Sekian.


ibundo

Sunday, October 16, 2011

Yogurt Steam Cupcakes

Berjalan rummah anna satu hari minggu lepas, bundo terjumpa cupcakes ala-ala apam ni.  Kelihatan sungguh menawan.  Bundo ambil resepi bawa balik dan semalam kebetulan bundo ada pertemuan dengan staff, maka bundo pun buatlah apam ni. Mula-mula tak kembang sangat.  Mungkin api tak cukup kuat.  Second batch baru dia kembang tersenyum lebar.

Bundo kongsi resepi di sini ye anna.


Resepi asal:   Rima 
Sumber bundo : Anna Qawina



  • 2 cawan gula castor ..Ana kurangkan menjadi 1  1/2 cwn shj..
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko *optional
  • 1 sdt pes coklat *optional
  • pewarna kesukaan *optional 


 Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer kecuali serbuk koko/pes coklat /pewarna.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat (pewarna), gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, (hampir penuh pun takpe..) sudukan sedikit adunan coklat/bewarna atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..



Bundo terlupa nak kurangkan gula daripada 2 cawan ke 1 1/2 cawan.  Manis. Sesiapa nak cuba, buat 1 1/2 cawan sahaja.


ibundo

Friday, October 14, 2011

Sokenso goreng nestum

Dah jumaat. Kalau di Mekah, orang perempuan sama berebut untuk solat Jumaat.  Di sini, orang lelaki bersepah-sepah di shopping complex time orang sembahyang Jumaat.  Yang leka main internet pun tak kurang.

Hari ini kita makan 'sokenso' goreng nestum. H'a? Apa dia sokenso?  
sotongkentangsosej.  Panjang sangat nak sebut. Bundo pemdekkanlah. Haha.. memandai jer kan?
Buat ni semalam untuk dinner.  Berebut-rebut anak-anak makan. Sampaikan ada yang dapat serpih je sebab lambat turun.



5 ekor sotong dipotong bulat
5 batang sosej dipotong pendek
2 biji ubi kentang dipotong wedges
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 cawan nestum
5 ulas cili api dihiris
15-20 helai daun kari
3 sudu penuh majerin atau butter
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 biji telur
3 sudu besar tepung goreng ayam




1. Sotong yang telah dipotong digaul dengan telur dan tepung goreng ayam.  Goreng dan ketepikan.
2. Goreng kentang sehingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
3. Goreng sosej. Ketepikan.
4.  Keluarkan minyak gorengan.  Masukkan butter/majerin.  Tumis bawang putih, daun kari dan cili api sehingga naik bau. Tambah serbuk stok ayam dan sedikit garam.  Masukkan nestum. Kalau nampak butter/majerin tak cukup, masukkan sesudu lagi. Apabila nestum garing, padamkan api.  Masukkan sotong, kentang dan sosej yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
5. Makan panas-panas.


ibundo

Thursday, October 13, 2011

Pucuk paku masak lomak

Kadang-kadang kita jeles juga pada mereka yang tinggal di kampung. Ada tanah luas untuk bercucuk tanam dan bela ayam itik. Kambing lembu pun boleh dibela. Semasa harga barang tengah mahal macam ni, mogok pergi pasar pun tak apa. Petik je apa sayur yang ada ditanam di belakang rumah. Ataupun petik je apa sayur yang banyak tumbuh meliar. Nak makan ayam, sembelih ayam. Nak makan ikan, pergi mancing.  Itupun kalau rajin pergi mancing lah.

Pucuk paku memang senang nak cari.  Kita? Kalau nak makan pucuk paku terpaksa pergi beli di kedai atau di pasar. Selalunya pucuk paku yang kita beli lebih banyak paku daripada pucuk. Anehnya, kita di sini yang suka makan pucuk paku.  Orang di indon tu ramai yang tak tahu pucuk paku boleh dibuat sayur.

Buk! ni nak dibuat apa ni buk.
Masak la.
Kalau di kampung saya ni buk, pucuk paku ni dibuat makanan kambing.

Err...




Masak gaya orang negeri semilan very simpel ma. Tak payah taruk apa rempah yang pening kepala nak geledah.  All you need:

Pucuk paku
santan dari satu biji kelapa
10 ekor udang
10-15 ulas cili api. (kadar kepedasan terpulang pada lidah masing-masing)
2 ulas bawang putih dititik
1 batang serai dititik
1 cm kunyit ditumbuk atau 1 sudu teh kunyit serbuk
garam
asam keping

Masukkan semua dalam periuk dan masak hingga kuah pekat. Sesiapa yang ada tempoyak, masukkan dua sudu besar tempoyak pun sedap juga.



Nampak tak piring tu. The piring is older than me. Kepunyaan arwah nenek dulu. Kalau balik kampung, takde kerja lain.  Mesti nak geledah almari pinggan mak. Banyak juga pinggan-pinggan lama. Daripada ia terbiar camtu saja di rumah kampung yang dah tak ada penghuni, bundo bawak balik.



Okay, sila makan.
Del, minta orang kampung tu bawakan pucuk paku sekali.  Pucuk paku pun boleh buat urap tau. Campur dengan jantung pisang tu, pergh!!!


ibundo

Wednesday, October 12, 2011

Banana Muffin with Blueberry fillings

Already wednesday? Time comes and goes too fast.  Tak cukup kaki tangan nak berlumba dengan masa ni. Tick tock tick tock.. all you know the end of your journey is drawing nearer.  Too eerie even to think about it?

Kita cakap pasal pisang jer lah. Pokok pisang ni banyak betul gunanya. Kalau tanam sebatang cepat betul beranak-anak. Tak payah bagi baja hormon dia tetap beranak. Dah tu dalam satu pokok pisang tu macam-macam yang kita boleh gunakan. We just name every part of it: daun pisang, jantung pisang, buah pisang, batang pisang.. Do you know the use of batang pisang? Dulu-dulu orang mandikan jenazah atas batang pisang.  Batang pisang tu dibuat seakan-akan tempat tidur dan jenazah diletakkan di atasnya.
Kulit batang pisang itu pula boleh disiat-siat panjang buat tali.

Buah pisang? Of courselah untuk dimakan. Sometimes I wonder why do people always give away pisang untuk sedekah di masjid-masjid.  Asal sedekah bagi pisang.  Asal sedekah bagi pisang. Bagilah buah anggur ke, longan ke ..hihi.. to name a few la. Agaknya pisang murah, senang dibawa dan senang dimakan.

Anyway, at my house pisang is always at hands. Untuk buat pelincir.  Kalau tak mahu berjam-jam duduk dalam toilet tak keluar-keluar.
Ni sebab ada stok pisang berlebihlah ni bundo buat muffin.  Sedap tau.. especially when still hot.



 A
350 gm tepung gandum
15 gm baking powder
B
190 gm caster sugar
C
3 biji telur grade A (kalau grade B guna 4 biji)
200gm butter cair
1 tsp esen vanilla
D
250 gm pisang yang telah dilenyek
80 ml fresh milk
E
blueberry fillings (beli dah siap)





Ayak A. Gaul bersama B.
Masukkan C dan D. Gaul rata, tak payah pukul.
Masukkan suku ke dalam bekas muffin.  Letak blueberry filling.  Tutup dengan adunan sehingga 3/4 cup.  Bakar at 200C seama 20 ke 25 minit.

Makan bersama kopi panas.


ibundo

Tuesday, October 11, 2011

Sambal telur kacang panggang

My dad and my arwah mom used to narrate this story to my kids:
Omak kau maso kocik-kocik dulu suko amek makan tolo ayam montah.  Pantang donga ayam botolo, copek yo dio poie kek potaghang ayam. Di ambek e tolo ayam yang baghu kelua tu, tu jujut e tolo e jam tu gak.

Need to translate? haha.. I was about 3 or 4 years old.  Somehow I still remember the time when I went under my pillared house where the sarang ayam was placed and squeezed my tiny hand under the belly of the frightened hen to reach for the still-warm egg. I knocked the tip of the shell off with whatever thing hard enough and once did  I just sucked it out straight into my mouth. Sometimes one was enough.  Sometimes I had two. I enjoyed the taste and I didnt care much about sucking whatever it was that came with it.  I was just 3 or 4, wasnt I?

My mom and dad were of course furious but couldnt do a thing about it. Thinking about it now, if they were to stop my habit, they should have killed all the chicken. But they loved the chicken more I think.
But I stopped eventually, not because of them but because I mistakenly took a rotten egg and gobbled it into my mouth. My parents were relieved but I really missed my adventures.

Now, when I scolded my children for consuming too much eggs, they would replay the story.
At least, we eat cooked eggs...

Okay, enough about that.



My children like to eat telur and like to eat sambal. And to make things easy for me, I always combine them together.

5 biji telur digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar air asam jawa
2 senduk pes cili kering
1/2 tin kacang panggang
1 sudu kecil serbuk RASA (optional)




Blender bahan yang bertanda *
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau.  Masukkan pes cili kering.  Goreng sehingga masak.
Masukkan tomato sos, air asam jawa, serbuk rasa dan garam. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan kacang panggang bersama sosnya. Tambah sedikit air jika terlalu kering.  Padamkan api dan curahkan ke atas telur yang sudah digoreng tadi.

Ni lauk emergensi.

Ibundo

Monday, October 10, 2011

Kari ikan merah

Tahun 70han dulu  ikan kembung harganya 60sen sekilo. Bundo selalu  mengekor mak pergi kedai, untung-untung kena belikan gula-gula atau coklat dua tiga ketul. Betul.  Enam puluh sen. Tahun-tahun sebelum tu mungkin dua tiga puluh sen. Ye lah. Tapi tengoklah standard hidup masa tu. Orang yang bergaji 500 ringgit sebulan dah dikira banyak duit dah.

Jauh sangat bezanya dengan sekarang. Ikan merah satu ekor dah dekat 40 ringgit. Tak ke terperanjat beruk masa nak buat bayaran. Mungkin ikan merah kita boleh expect lagi harga macam tu. Tapi ikan kembung? Tujuh lapan ekor je dah dekat 20 ringgit. Mmmm... tapi sebab nak makan, beli jugalah walaupun merungut-rungut. Bundo selalu gak merungut kat cashier kedai tu. Tapi merungut pun bukannya dia boleh buat apa.  Yang tokeh bukan dia. Merungut pada tokeh pun, dia gak tak boleh buat apa sebab dia bukan pembekal. Jadi, nak merungut pada siapa pun tak tahu lah.

Jomlah kita makan kari ikan merah ni. Kang asek nak merungut-rungut jer, tak makan pulak.


5 keping daging ikan merah
1 biji kelapa diambil santannya. Asingkan santan pekat dan santan cair.
5sudu besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan sedikit santan cair.
1 sudu besar cili kering (optional)
1 cm halia dihiris memanjang
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar yogurt perisa asli
1 sudu besar air asam jawa
8 biji bende
Beberapa biji tomato ceri atau sebiji tomati dibelah enam




Panaskan minyak.  Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari. Goreng hingga garing.
Masukkan santan pekat. Apabila mendidih masukkan ikan, daun limau purut dan yogurt.
Masukkan pula bende.  Sekiranya kuah terlalu pekat, campur dengan sedikit santan cair.
Apabila bende hampir empuk, masukkan air asam jawa. Rasakan garam.
Akhir sekali masukkan buah tomato dan padamkan api.

Sekianlah masakan kari ikan bundo.  Bundo masak sekor. Makan anak beranak je habis tak tinggal sikit pun untuk jordan. Errr.. jordan tu kucing bundo.

ralat: tadi bundo tersilap taruk mayonis dalam bahan tu.  Sebenarnya bundo maksudkan yogurt. Maaplah. Dah tuo.
ibundo

Sunday, October 9, 2011

Mihun Sup

Salam pagi ahad. Acara apa hari ni. Kalau ada acara kenduri kendara, makan nasi briyani lagilah nampaknya. Tengahari semalam dua kali bundo makan nasi briyani. Sendat perut.

Cakap pasal perut  ni, jangan cakap sembarangan.  Sensitif tau. Ada sekali dulu bundo terjumpa kawan lama yang memang dah lama tak jumpa. Bundo usik-usik perut dia dan tanya dah berapa bulan. Rasa macam nak menyorok dalam bonet kereta bila dia kata yang dia tak mengandung pun. Sejak tu kena hati-hati betul bila tanya hal berkaitan dengan perut ni.

Apa kata kita isi perut dengan mihun sup pula.  Ini pun untuk menghilangkan  muak makan nasi.



Bahan:
Mihun yang telah dicelur lembut.

A
2 keping dada ayam
beberapa ketul bahagian ayam yang bertulang dipotong kecil
Air secukupnya.

B
1 inci halia muda *
1 biji bawang besar *
1 biji buah keras *
3 ulas bawang putih *
2 sudu besar  rempah sup
rempah empat sekawan
1 sudu besar serbuk stok ayam

C
ayam yang telah disiat-siat
telur rebus
tauge dicelur
sawi dipotong dan dicelur
bergedil
daun sup dipotong  kecil
sambal kicap





- Rebus ayam dalam air secukupnya sehingga empuk.  Letak sedikit garam. Keluarkan bahagian daging apabila sudah masak.  Biarkan ia sejuk.  Bila ayam sejuk, letak sedikit kunyit dan goreng separa garing.  Kemudian ayam disiat-siat.
- Blender bahan B yang bertanda *.  Campurkan rempah sup dengan bahan yang sudah diblender. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut bersama rempah 4 sekawan sehingga berbau wangi.
- Masukkan ke dalam air rebusan ayam tadi.  Masukkan juga serbuk stok ayam. Rasakan garamnya. Boleh juga dibubuh sedikit serbuk lada putih kalau suka.
- Semasa menghidang, letakkan bersama bahan-bahan C.

Selamat berhujung minggu.

ibundo

Friday, October 7, 2011

Ayam Kurma Merah

Sekejap dah jumaat balik. Pejam celik, keluar dapur masuk dapur, masak, basuh pinggan basuh periuk basuh kuali, dah nak sampai hujung tahun. Buku resepi yang simpan dalam otak, ada yang dah blur dan terpaksa rujuk balik di tempat yang kita catat.  Itu kalau kita catat.  Kalau main ingat-ingat je, alamat ada yang dah tak ingat lah tu. Especially orang yang macam bundo ni.  Jangankan benda yang dah lepas-lepas, nak ambil benda dalam peti ais pun kadang-kadang kena termenung dulu depan peti ais sebab dah lupa apa benda yang nak diambil. Feel familiar?

Masak kurma kat kedai mamak memanglah sedap. Mungkin sebab diaorang bubuh kaskas. Bundo ada staff geng mamak yang buat masak kurma guna kacang yang rupanya macam kacang dal dan rasanya macam 'kacang putih' untuk memekatkan kuah.  Dia ada bagi bundo sepeket dan bubuh dalam segenggam.  Blender dululah.  Memang kuah sedap macam yang kat kedai mamak tu.  Kalau nak beli, pergi kat kedai india yang jual bahan runcit. Cakap nak beli kacang untuk pekatkan kuah kurma, dia tahulah.

Kali ni bundo nak letak resepi ayam kurma tapi yang telah lari dari kebiasaan. Biasalah kita ni kalau duduk di dapur sebolehnya nak cuba buat lain dari yang lain.


1 ekor ayam
santan daripada sebiji kelapa
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia dihiris panjang
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar perahan lemon
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah



-Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Bila berbau wangi, masukkan cili. Goreng sehingga masak.
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan perahan lemon, cili dan tomato.
-Siap.  Bundo makan dengan nasi briyani.



ibundo

Thursday, October 6, 2011

Apam Belang

Pergi rumah Gee tengok ada apam belang-belang rasa perkenanlah sangat.  Tengok resepi pun tak adalah payah bebenau.  Bahan pun ada. Apa lagi, bundo pun buatlah.

Bibik cakap, buk! kasi saya resepnya buk.  Enak banget .
Haha.. takdenya bibik bundo nak cakap macam tu. Dia dah berbelas tahun kerja dengan bundo.  Cakap pun dah cakap macam orang mesia. Tapi tang dia nak resepi tu memang betul sebab berkenan dengan kelembutan apam ni.




Nak buat? Bundo ambek resepi ni dari Gee. Gee ambek daripada Ita masam manis. Ita ambek daripada ucu faridah. Adei.. panjangnya pertalian. Apa-apa pun bundo berterima kasih pada yang punya resepi asal dan terima kasih juga pada ita dan gee kerana memanjangkannya sampai ke rumah bundo ni. Izinkan bundo cnp di sini pula ye..

Apam Belang
by: Shamama
Sumber: Ita Masam manis

sumber : gee

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamama guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna



Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkann tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)



Memang terbaik dari ladang, walaupun belang apam ni lebih macam kuda belang jer tak ada seni langsung.


ibundo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...