Wednesday, January 20, 2010

KARIPAP HIGH 5

Salam.


Dua hari lepas aku menyuruh kirin membeli roti untuk aku buat croutons yang nak dimasukkan ke dalam caeser salad aku. Kirin membeli satu buku panjang roti gardenia. Aku cuma pakai beberapa keping saja dan selebihnya tersadai di dapur. Dalam bulan puasa ni roti sandwich gardenia tak berapa laku di rumah aku.

Kemudian, semasa aku menonton tv acara masak-masak chef-apakenamanya-aku-dah-lupa, membuat karipap pakai roti high 5. Aku mengambil idea itu dan kebetulan pula inti sotong sumbat aku ada berlebihan. Aku mahu berkongsi idea ini dengan sesiapa yang sudi. Sekiranya belum ada idea nak buat kuih apa untuk berbuka petang ni, bolehlah cuba karipap gardenia ini.



Barang yang diperlukan cuma roti gardenia atau high 5 dan inti karipap. Inti karipap ni ikut citarasa anda. Kalau suka daging sama kentang, buatlah daging sama kentang. Kalau suka sardin, buatlah sardin. Kalau suka ayam, buatlah inti ayam. Pandai-pandailah.

Mula-mula ambil sekeping roti dan gelek dengan rolling pin sampai nipis dan mampat. Buang kelilingnya. Oops lupa nak cakap. Sebelum tu bancuh sesudu tepung dengan sedikit air menjadi adunan yang pekat tapi jangan pekat sangat.


Kemudian sapu bancuhan tepung tadi di tepi sekeliling roti. Gunanya seperti gam untuk melekatkan roti itu bila dicantumkan.


Bubuh intinya. Jangan banyak sangat nanti meleleh ke tepi dan roti tak boleh melekat.

Cantumkan seperti ini:




Dan tekan tepinya dengan garpu untuk securekan lipatan:


Dan goreng.



Sodap!!!!!!!